Tuesday, June 1, 2010

...Kenaikan harga barang pengguna dijangka sederhana...

Menurut kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, sebarang kenaikan harga barangan pengguna susulan daripada cadangan pengurangan subsidi adalah sederhana, justeru, ia tidak akan menjadi faktor utama yang boleh membawa kepada perubahan dasar kadar faedah di negaran Malaysia. Menurutnya lagi, mereka tidak menjangkakan pengurangan subsidi, menjadi kebimbangan utama kepada inflasi, dan begitu juga kesannya ke atas dasar kadar faedah. Kenyataan yang dinyatakan telah menjawab beberapa spekulasi di pasaran yang menyatakan cadangan pengurangan subsidi itu boleh meningkatkan inflasi ke atas barang pengguna dan akan memaksa bank pusat menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada yang ia mahukan. Zeti turut berkata bahawa, tinjauan ekonomi adalah tidak menentu berikutan krisis hutang di Eropah dan ketidaktentuan berhubung ekonomi Amerika Syarikat (AS).

No comments:

Post a Comment