Monday, May 31, 2010

...Masalah Bekalan Gula...

Sejak kebelakangan ini, isu bekalan gula mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Kekurangan bekalan gula menjadi masalah utama pengguna di Malaysia hari ini. Malahan sesetengah pekedai runcit dan pemilik pasar raya terpaksa menghadkan setiap orang pelanggan membeli dua pek kecil sahaja bagi memastikan bekalan gula tidak habis di pasar rayanya.Di sesetengah kedai dan pasar raya pula terpaksa meletakkan tanda ’gula habis’ di rak barangan mereka. Ramai pengusaha restoran dan peniaga kuih muih tempatan merungut kerana kekurangan bekalan gula turut menjejaskan pendapatan mereka. Pastinya pengguna yang menjadi mangsa dalam hal ini dan ada pihak yang cuba
menangguk di air yang keruh.
Di mana sebenarnya punca ‘kehilangan’ bekalan gula di pasaran kita, pihak pengeluar dan pengilang mengatakan mereka sudah mengeluarkan bekalan secukupnya dan mungkin melebihi kadar biasa, pemborong dan pembekal pula bagaimana, kemana mereka bekalkan gula-gula tersebut? dan mengapa pula peniaga mengatakan mereka tidak mendapat bekalan gula?..

















No comments:

Post a Comment