Tuesday, June 1, 2010

...Kementerian nafi mahu naikkan harga gula...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan khabar angin kononnya kerajaan akan menaikkan harga gula mulai hari ini atau bercadang mengambil langkah itu dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata justeru rakyat tidak perlu mempercayai khabar angin berkenaan walaupun ada pihak membuat spekulasi kononnya harga gula akan dinaikkan mulai hari ini sehingga boleh menimbulkan pembelian panik.

Kebanyakkan pengguna membuat spekulasi “ 1 Jun harga gula akan naik. Belilah banyak-banyak tapi kita tengok esok naik atau tidak. Jika saya(KPDNKK) kata tak naik esok tak naiklah tapi pengguna percaya pada tauke kedai seolah-olah tauke kedai yang menentukan kenaikan harga gula.

No comments:

Post a Comment