KENYATAAN DASAR
Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.
Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.
RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA
Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini.
DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara.
DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.
DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara seluruhnya.
OBJEKTIF
- Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
- Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab
- Pendidikan
- Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi
- Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan
MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA
- Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna
- Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi
- Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari
STRATEGI
Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan:-
- Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbai
- Meningkatkan Kualiti Kehidupan
- Meningkatkan Perlindungan Kendiri
■Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di setiap daerah.
- Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan
- Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah
PERUNDANGAN
- Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna
Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini, Kerajaan perlu:-
■Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.
■Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari.
■Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna di Malaysia.
- Antara falsafah umum kepenggunaan ialah
■Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
■Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir
Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari:
■Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
■Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
■Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
■Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat